Selera

Kehwah Kuning

Membaca buku adalah sebuah tabiat yang baik. Tidak kira apa buku, baik suratkhabar mahupun kitab.

Dalam membaca, kita wajib beri perhatian sepenuh nya, dengan cara begini ia akan membuat kita faham apa yang ingin disampaikan oleh si PENULIS .

Didalam kata-kata atau ayat-ayat yang digunakan ia juga harus yang bermutu, dari situ bila sipembaca membaca nya, ia akan faham dan belajar erti perkataan yang baru atau lama.

Saya suka membaca  novel, baik Inggeris mahupun Melayu. Saya baca bukan kerana si PENULIS itu popular, TIDAK…!! Saya baca kerana penyampain nya baik bagi mata dan minda Saya.

Bahasa lenggok juga kadang-kala tidak membosankan, seperti buku novel “REMBULAN BERDARAH” . Penulis nya adalah orang malaysia, walaupun ia merupakan Novel kedua, tapi jalan cerita dan penulisan nya amat baik sekali…Syabas bagi pihak saya.

Kalau diSingapura pula,   Isa Kamari, Manaf Hamzah dan Norisah Abu Bakar…Saya suka membaca, seperti saya katakan, Penulisan mereka amat baik  dan menghiburkan…

Saya juga berharap mereka-mereka yang bergelar PENULIS, akan sentiasa mengeluarkan novel-novel yang terus bermutu sekali.

Tanpa mereka kita akan ketandusan ilmu serta rahsia disebalik sebuah BUKU

Sekuntum Bunga kehwah saya hadiahkan untuk mereka…eh kenapa kehwah bukan mawar…!! sekali-sekali kalau menukar bunga bolehkan… :-D

Chanteek nya..!!

Betul memang Chantik Bunga Mawar nie..

Ku snap dengan segera nya bila terpandangkan Mawar nie..:-)

Chantik nya mawar nie penuh duri…

warna nye merahjambu , warna kesukaan anak-anak remaja..

Suci bersih tanpa dinoda..

Harap kau kekal mekar selama nya…IMG_18566

Salah satu koleksi ku..

Rose_khan nama pena ku juga… :-)

NosTalgia

Tadi ku berbual dengan Teman ku di Ym, Dia berborak pasal Cinta nya pada G.

Dia kata Cinta dia dgn G sangat terlalu dalam makna nya. Ku senyum aje sambail membaca tulisan dia. Sementara itu ku lagi Upload music di Imeen ku.. Layankan aje  perasaan deknie. :-)

Cinta..Cinta..Cinta..cakap pasal Cinta teringat pula ku masa remaja ku. Ku bercinta dengan pemuda “R“…

Cinta yang berputik di Changi beach. Dia dengan monyet dia..Lucu ku rasakan…

Tapi Cinta ku tidak kesampaian, dia berkahwin dengan gadis berbangsa tionghua. Gambar dia terpampar di Surat khabar Berita harian, kerana waktu itu hangat  orang disana-sini memperkatakan isu Kawin Campur(tahun 1985 keatas) Maaf ku lupa actual year…!

Sedih nya tidak terkata..lelagi kak shidah teman sepejabat mengetahui hal ini dan berusaha memujuk hati ku..”Too young too get marry” kata-kata dia yang cukup penuh makna :-)

Agak-agak nya kalau ku jadi betul berkahwin dengan dia, dah besar panjang anak-anak ku sekarang ini tak? Ku garuk kepala yg tidak gatal…!!

Tiada jodoh tapi ku teruskan usaha ku dengan dunia pekerjaan ku.. seperti biasa….

“Bing…!” oii makcik ada ke tidak ini…!

Alamak…!!

ku terlalu menghayal laa…sampai teman ku type begitu banyak boleh ku tak baca pula….!!

” yea..yea…I ada nie..teruskanlaa.. cerita you..! “ Tersengih ku sendiri-sendiri..

Teman ku masih dalam dunia Cinta lapuk nya.. walaupun si jejaka itu sudah menjadi arwah… dia masih mahu mengingati semua kisah lama nya…Nak salahkan siapa eh..?

Sementara itu..Ku terus melayankan Teman ku seorang nie….!

Kata-kata dari diri sendiri…

” Kuasa Cinta amat besar, sehingga Manusia tidak mampu berfikir mana yang baik atau salah…Cinta juga dikatakan Buta.. tapi Janganlah kita buta mata dan akal…..!!

 

 

 

 

 

Novel yang dah ku baca…

I sudah habis baca buku Novel terbaru Manaf Hamzah tajuk , ” Dalam Kehangatan Dakapan Senja

Watak Amelia dan Kenneth/Karim, hebat.. Hebat dalam maksud ku, gaya sipenulis ini menulis betul mempunyai imaginasi yang amat bagus. Kalau kalian perasaan , tidak ada di sini(singapura) yang boleh menulis macam si penulis ini.

Layak kalau Ku katakan dah semacam Novel Omputih. Naluri ku  mengatakan segala jerit perit Si Penulis ini amat berbaloi… Syabas dari ku…

Setiap kali ku mau berhenti sekejap… hati ku merasa cuak dan berdebar kerana tidak sanggup mahu menunggu  penghabisan nya…. ayat-ayat yang ditulis juga agak baik seperti …

“ Apakah kali ini dihidung saya yang panjang ada belalai gajah Cik adik..! 

jarang ku jumpa ayat canda didalam novel Melayu… Bagi ku ini adalah cara si penulis mencorakkan nya..  trademark ayat-ayat sipenulis juga sudah ku jumpa… didalam setiap novel dia.. pasti ada trademark nya…

Kalau nak tahu you all kena baca Novel deknie…Tak rugi ku memiliki nya…..

Syabas sekali lagi ku ucapkan kepada Penulis Manaf Hamzah… dan akan ku tunggu tahun 2010 untuk Novel terbaru nya..InshaAllah…

Sinopis:-

Perkahwinannya dengan pemuda pilihan sendiri terpaksa dibatalkan, di saat-saat akhir, Tunang nya memutuskan. dan Amelia meneruskan Perkahwinannya dengan pemuda bernama Karim.

Pemuda yang penuh misteri , didalam masa yang lain Amelia juga diminati dan ingin dimiliki oleh pemuda berbangsa cina…Lantaran itu Amelia didalam dilema.. walaupun sudah menjadi isteri karim, Amelia tetap ingin dimiliki Bekas tunangannya dan pemuda Cina..

Bagaimana Amelia menghadapi ini semua…!!

Malas…

Malas…
Aku lagi Malas… entah kenapa aku pun tidak tahu…
Malas nak mandi..Malas nak Kemas…Malas nak makan…isk..isk..
Apa nak jadi tidak tau laaa….
Aku berharap, habis nya baca buku nie..hilanglah penyakit Malas…
Mudah-mudahan…
Sekarang aku mahu balik membaca buku nie lagi..
Tunggu tau..nanti aku ceritakan apa kesudahan nya…”wink”

Assalammualaikkum

Sudah banyak berabuk rumah ini, lama ku tidak kunjung..maafkan diriku Rumah..Kerana ku kesunttukkan masa untuk bersembang dengan kamu.

Diam tidak diam sudah 6 bulan ku tidak post apa-apa bicara. Ku sendiri sibuk bersama anak-anak yang tidak habis kerenah nya. Ku tidak bisa terlalu garang dengan mereka malah kadang-kala, mereka lah penglipur lara ku dan kadang kala mereka juga yang membuat darah ku naik…”Haiz”

Hallo Diari..

Aku mahu beritahu kamu sesuatu… aku sudah dapat camera itu, aku tersangat bahagia tau… tapi setelah aku memiliki nya..memacam masaalah ku di datangi..:-(

Masaalah manusia yang melihat keupayaan aku. Manusia yang selalu fikir mereka memiliki camera lebih canggih ari aku…argh…!1 memang Camera aku kcing kurap…!! tapi aku bersyukur kerana aku bersungguh-sungguh menyimpan duit dan aku telah merasa sesak nya…!!

Entah eh dah berapa bulan ku miliki nya ku tidak dapat mengingatinya..Tapi aku masih tetap sayang digi aku.. digi aku tetap ku utamakan..

Chantik bulan pada malam itu...

Chantik bulan pada malam itu...

Gambar ini ku petik semalam dirumah adik ku…

Chantik kah Bulan itu .. sungguh aku tidak tahu ..yang aku nampak, Bulan itu buruk..hehehe..

Bulan ini anak-anak cuti sekolah..kecohable sudah pasti…

Baking pula amat less, cuma aku puas mengemas rumah, dan mengambil gambar…

Jemukah aku kelak dengan aktiviti ini..sungguh aku tidak tahu….!!

Aku tidak peduli dengan kekata manusia.. kerana aku percaya aku belum tentu dapat memuaskan hati mereka.. …

Ayam Goreng Tepung

Ayam Goreng Tepung

Ayam goreng..semua orang suka.. termasuk orang didalam rumah ini…Kebetulan semalam goreng ayam.. laju macam express mereka makan.. dapat juga ku pass kat Makcik mereka yang juga pemggemar ayam…..!!

“Mama bila nak goreng lagi..?”

 Haiz..nampak nya kena goreng lagi laa macam ini….:-D

Aku Tahu…………..

Aku Tahu…
Aku diciptakan dari tulang rusuk Adam…
Aku dilahirkan melalui kasih-sayang Ibubapa …
Aku adalah amanah Mereka…

Aku tahu…
Aku dididik dengan sempurna….
Aku harus mengalah….
Aku harus berdiam…
Aku juga harus bersabar…

Aku tahu…
Aku wajib tahu yang Maha Esa….
Aku wajib mengingati rukun-rukun tiang ugama aku..
Aku wajib bersedekah…
Aku wajib merendahkan diri…
Aku wajib ada keikhlasan…
Aku wajib sayang pada diri aku…
Aku wajib Sayangi DIA..

Aku tahu….
DIA tahu apa yang aku tidak tahu…
DIA sangat menyayangi umat-umat nya…
DIA maha Pengampun dan Pengampun…
DIA yang segalanya….
Dia tidak boleh diduakan..
DIA yang Maha Agung…Pencipta sejati….

Aku tahu…
Aku hidup di dunia yang sementara….
Aku tahu aku bakal diadili di suatu masa nanti…
Aku tahu aku tidak mampu melakukan yang sebaiknya…
Aku tahu aku tidak akan bebas seperti burung..
Aku tahu ….Aku pasti akan pulang ke tempat asal nya……

Aku tahu….
Sesungguhnya tiada yang lebih kekal kecuali kasih dan rahmat ALLAH…..dan
Aku tahu…..

11 Hari Puasa

Assalammualaikum,

11 hari sudah kita berpuasa. Syukur keatas yang Maha besar lagi Maha Berkuasa, kerana memberi ku hidayat dan kesabaran didalam menempuh cabaran berpuasa. Letih dan lemah adalah lumrah bagi kita yang berpuasa.  Cobaan bagi ku terhadap Hafiz anak bongsu bukan main sikit tapi bermacam-macam sekali. Cobaaann….!!

Hidup tanpa cobaan bukan hidup namanya. Perihatin kepada hafiz tentang apa dia boleh buat dan tidak , memang sudah ku jangkakan dia ( Hafiz) akan bertanya kenapa itu dan ini, lebih ku geram bila dia berbual dengan makciknya dan dia salah dengar  dan marah kepada ku …” Mama achik kata Maghrib kenot eat but siang boleh eat…!” Eh budak nie rosak ke atau betul ke Makcik nya berkata begitu..Ku terangkan kepada nya salah itu sayang… aduh…..!!! nak menjernihkan suasana bukan nya senang, nasib baik ku bertanya balik kepada adikku , apa yang sebenar mereka berbualkan… oh…Sahlah telinga Hafiz wosak..!!

Alhamdullilah lagi kerana sepanjang 7 hari Hafiz berpuasa.. dia tak lemah  tapi energinya punya lah banyak dan bertambah.. tak tahu dari mana ia nya datang, yang lucunya, lagi 10 minit nak azan Maghrib dia dah layu atau lemah…Kesian anak ini…

Tadi pagi pukol 3 pagi setelah makanan untuk sahur sudah siap diatas meja, Ku mula membuat dan memberi perhatian kepada menu biskut yang baru tahun ini ku buat. Berdebar dihati sudah pasti dan setalah siap semua ku bakar dan ambil gambar nya untuk ku post di blog ku yang lain, sempat pula ku tengok masa, Argh…baru jam 5 pagi dan dapat lah ku jamah 1 biskut dibagi separuh kepada Sang Suami yang dari tadi asyik tengok Kacang gajus ku.. Ku tahu dia suka Gajus.. tapi sabar yea Abang kerana ku masih ada dua resipi biskut yang akan menggunakan Kacang Gajus..

Esok, Hubby ku akan ke sengkang untuk melakukan tugas drill dan esok juga mungkin tidak akan buat biskut kerana Ku kena hantar dan ambil anak-anak ku pergi dan pulang dari sekolah Madrasah. lampu lap-lip sudah di nyalakan dan bukan ku sahaja malah jiran-jiran ku juga… Gembira sungguh malah Lagu raya pun sudah berkumandang.. Semangat…Semangat…..Semangat nak Hari Raya…!!

Ramadan Tiba Lagi…..

Assalammualaikum,

Salam sejahtera serta mudah-mudahan Pembaca-pembaca yang budiman sentiasa dilindungi Allah. Ramadan datang lagi, sungguh pantas ia tiba dan dalam diam ia datang untuk mengingatkan kita perihal Puasa-puasa tahun lepas apakah sudah kita lunasi atau belum?

Tinggal seminggu lagi, Ku masih sibuk dengan urusan sekolah, Haiz… semua kerja yang sepatutnya kita buat belum juga Ku buat. Bukan  Ku malas tapi commitment terhadap hari guru dan latihan demi latihan yang harus ku lakukan itu telah membuat Ku penat serta Stress, tapi Ku suka kerana ia membuat masa Ku dirumah cepat berlalu.

Minggu ini Ku tiada jemputan, tapi Ku harus hadir kekelas baking dan bertemu dengan Teman Ku yang dah ku kenal hampir 31 tahun. Jadi minggu ini ku tak dapat kemas begitu teliti. Mudah-mudahan sebelum Ramadan dapat lah Ku buat..Insya-Allah

Inti nenas dah ku buat..Terimakasih kepada Umi (dia tahu siapa ku masukkan) dah sejuk bolehlah ku simpan dalam peti ais dulu.  jangkaan nak buat dalam 15 hari puasa, tapi tengoklah dahulu macam mana kerana Ku macam malas nak beraya..? Do Not Ask Me Why..!!

Ku harus bersihkan semua ikan-ikan didalam tempat peti ais bahagian peti ais kerana dalam bulan Puasa Famili ku tak lalu nak makan ikan, lelagi bulan ini pecah rekod makan ikan all the way. Shiok but cukuplah jadi sahur nanti Ku harus fikir nak masak apa eh…? Ayam, ikanbilis atau telor..hehehe itulah yang paling ringkas, atau haruskah ku buat lagi seperti tahun lepas sebulan Kami makan Nasi Beryani ( nasi nya aje) dengan lauk-lauk kering dan sop..? Headache..!

Tiada  daya Ku melainkan fikir dan fikir dan lihat ajelah nanti apa yang akan Ku post di Web Ku yang lain.. dan sementara itu……Selamat Menyambut Bulan Puasa yang barakah… Amin

 

Wasalam

Bingung…

Hari ini badan ku terasa macam nak deman. Hafiz pula masih sakit tekak, dia dah merengek tidak mahu ke sekolah. Ku paksa dia pergi juga. Hujan begitu lebat sekali  awal pagi ini sampai sekarang.

Dapur ku semua perkakas dah ku simpan. Bak kata orang penyakit ‘M’ dah mali. Seleraku kuat sekali nak makan Pizza manis.. bila agaknya bulih ku buat eh…Garuk kepala yg tidak gatal…!

Daddy sudah ada dirumah ku dari semalam… tiada banyajk bicara yang ingin diperbualkan..

Tengoklah esok lusa Mood kalau baik.. ku nak buat sesuatulah…!! seleraku sekarang banyak kearah Lauk jernih.. Miz, lauk air dan kurang rempah…!

Semalam ku ke kedai kopi syiok di Jurong West nya…Ku makan Nasi Lemak Husin Saaban nya stall…Tiada yg istimewa ..cuma kureng Humph! laaaa…. tapi sambal sotong keringnya  bolah tahan laaa..macam cara Sambal melayu gitu Pedas banget dan tidak sweet…! Cendol JW..sudah ku dapat setelah lama kuidamkan nya..isk..idamkan macam lagu Penyanyi…. arghhhh!! lupa aah namanya!!

Hari ini Ku masak Mee goreng aje untuk Lunch… malam dinner semua makan Roti aje..Esok akan tiba..nak masak apa eh….!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.