Ramadan Tiba Lagi…..

Assalammualaikum,

Salam sejahtera serta mudah-mudahan Pembaca-pembaca yang budiman sentiasa dilindungi Allah. Ramadan datang lagi, sungguh pantas ia tiba dan dalam diam ia datang untuk mengingatkan kita perihal Puasa-puasa tahun lepas apakah sudah kita lunasi atau belum?

Tinggal seminggu lagi, Ku masih sibuk dengan urusan sekolah, Haiz… semua kerja yang sepatutnya kita buat belum juga Ku buat. Bukan  Ku malas tapi commitment terhadap hari guru dan latihan demi latihan yang harus ku lakukan itu telah membuat Ku penat serta Stress, tapi Ku suka kerana ia membuat masa Ku dirumah cepat berlalu.

Minggu ini Ku tiada jemputan, tapi Ku harus hadir kekelas baking dan bertemu dengan Teman Ku yang dah ku kenal hampir 31 tahun. Jadi minggu ini ku tak dapat kemas begitu teliti. Mudah-mudahan sebelum Ramadan dapat lah Ku buat..Insya-Allah

Inti nenas dah ku buat..Terimakasih kepada Umi (dia tahu siapa ku masukkan) dah sejuk bolehlah ku simpan dalam peti ais dulu.  jangkaan nak buat dalam 15 hari puasa, tapi tengoklah dahulu macam mana kerana Ku macam malas nak beraya..? Do Not Ask Me Why..!!

Ku harus bersihkan semua ikan-ikan didalam tempat peti ais bahagian peti ais kerana dalam bulan Puasa Famili ku tak lalu nak makan ikan, lelagi bulan ini pecah rekod makan ikan all the way. Shiok but cukuplah jadi sahur nanti Ku harus fikir nak masak apa eh…? Ayam, ikanbilis atau telor..hehehe itulah yang paling ringkas, atau haruskah ku buat lagi seperti tahun lepas sebulan Kami makan Nasi Beryani ( nasi nya aje) dengan lauk-lauk kering dan sop..? Headache..!

Tiada  daya Ku melainkan fikir dan fikir dan lihat ajelah nanti apa yang akan Ku post di Web Ku yang lain.. dan sementara itu……Selamat Menyambut Bulan Puasa yang barakah… Amin

 

Wasalam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.