Assalammualaikum,
11 hari sudah kita berpuasa. Syukur keatas yang Maha besar lagi Maha Berkuasa, kerana memberi ku hidayat dan kesabaran didalam menempuh cabaran berpuasa. Letih dan lemah adalah lumrah bagi kita yang berpuasa. Cobaan bagi ku terhadap Hafiz anak bongsu bukan main sikit tapi bermacam-macam sekali. Cobaaann….!!
Hidup tanpa cobaan bukan hidup namanya. Perihatin kepada hafiz tentang apa dia boleh buat dan tidak , memang sudah ku jangkakan dia ( Hafiz) akan bertanya kenapa itu dan ini, lebih ku geram bila dia berbual dengan makciknya dan dia salah dengar dan marah kepada ku …” Mama achik kata Maghrib kenot eat but siang boleh eat…!” Eh budak nie rosak ke atau betul ke Makcik nya berkata begitu..Ku terangkan kepada nya salah itu sayang… aduh…..!!! nak menjernihkan suasana bukan nya senang, nasib baik ku bertanya balik kepada adikku , apa yang sebenar mereka berbualkan… oh…Sahlah telinga Hafiz wosak..!!
Alhamdullilah lagi kerana sepanjang 7 hari Hafiz berpuasa.. dia tak lemah tapi energinya punya lah banyak dan bertambah.. tak tahu dari mana ia nya datang, yang lucunya, lagi 10 minit nak azan Maghrib dia dah layu atau lemah…Kesian anak ini…
Tadi pagi pukol 3 pagi setelah makanan untuk sahur sudah siap diatas meja, Ku mula membuat dan memberi perhatian kepada menu biskut yang baru tahun ini ku buat. Berdebar dihati sudah pasti dan setalah siap semua ku bakar dan ambil gambar nya untuk ku post di blog ku yang lain, sempat pula ku tengok masa, Argh…baru jam 5 pagi dan dapat lah ku jamah 1 biskut dibagi separuh kepada Sang Suami yang dari tadi asyik tengok Kacang gajus ku.. Ku tahu dia suka Gajus.. tapi sabar yea Abang kerana ku masih ada dua resipi biskut yang akan menggunakan Kacang Gajus..
Esok, Hubby ku akan ke sengkang untuk melakukan tugas drill dan esok juga mungkin tidak akan buat biskut kerana Ku kena hantar dan ambil anak-anak ku pergi dan pulang dari sekolah Madrasah. lampu lap-lip sudah di nyalakan dan bukan ku sahaja malah jiran-jiran ku juga… Gembira sungguh malah Lagu raya pun sudah berkumandang.. Semangat…Semangat…..Semangat nak Hari Raya…!!